wel-come to Lipan Bara Life.....

actually...aq wat blog nk wat mcm diari..tp bila d pikirkan blik..aq nyer kehidopan mmg len dr yg len.klaw aq kongsi citer dgn korang mmg pecah perot....so,aq ambil keputusan nk wat blog yg leh kongsi pengalaman ,kehidupan n ilmu yg aq ada dgn korang sume...org kta..ilmu kna kongsi..btul x?? jika dalam aq membikin blog..ada mengguris hati korang sume...jutaan maaf aq pinta..jika ada membabitkan orang yg mati atawpown hidop..maaf juga ingin kupinta.....smoga korang dpt ilmu bgna melalui blog ini..wassalam

Tuesday, August 30, 2011

Kisah caplong dan pelurunya , Buah Cenerai


                                                   
Carian google

Buah cenerai boleh dimakan tetapi  rasanya memang tak sedap sebab tu semasa kita budak-budak dulu buah ni dibuat 'peluru bedil'.  Bedil pula dibuat dari buluh peleting iaitu sejenis buluh yang batangnya kecil.  Buluh duri boleh juga digunakan tapi batangnya besar dan berat. Akhir sekali, pastikan buluh yang ingin dibuat caplong begitu tahan dan lubang yang kecil agar peluru yang dimasukkan itu begitu padat...


                                          


Contoh gambar pembuatan caplong…..

Sesetengah tempat dipanggil caplong.....Selain dari buah cenerai pelurunya boleh dibuat daripada kertas yang dibasahkan dengan air.  Permainannya macam 'combat'....main perang.  Satu geng jadi jahat dan satu lagi jadi hero.  Kalau peluru dari buah cenerai tertembak dibaju alamatnya baju yang kita pakai habis kena getah buah ini dan takkan tanggal...rosak terus.  Balik rumah, tentu kena marah.  Bagi yang terror buat bedil ni, ia menghasilkan bunyi yang kuat dan laju.  

Rasanya aku masuk dalam kategori ni. HAHA



Lakaran caplong


Teknik membuatnya ada skil tersendiri.  Jarak basi batang gocoh dengan bahagian kedap udara mesti bersesuaian kerana ia akan menghasilkan tekanan yang maksima untuk kelajuan dan bunyi yang kuat.  

Tips rahsia*….untuk memastikan caplong tahan lama , pastikan anda menyaluti caplong itu sama ada diluar mahupun yang dalam dengan minyak…kalau aku..aku pakai minyak petrol jew…jimat sikit.