Carian google
Buah
cenerai boleh dimakan tetapi rasanya memang tak sedap sebab tu
semasa kita budak-budak dulu buah ni dibuat 'peluru bedil'. Bedil pula
dibuat dari buluh peleting iaitu sejenis buluh yang batangnya kecil. Buluh
duri boleh juga digunakan tapi batangnya besar dan berat. Akhir sekali, pastikan buluh yang ingin dibuat caplong begitu tahan dan lubang yang kecil agar peluru yang dimasukkan itu begitu padat...
Contoh gambar
pembuatan caplong…..
Sesetengah
tempat dipanggil caplong.....Selain dari buah cenerai pelurunya boleh dibuat
daripada kertas yang dibasahkan dengan air. Permainannya macam
'combat'....main perang. Satu geng jadi jahat dan satu lagi jadi hero.
Kalau peluru dari buah cenerai tertembak dibaju alamatnya baju yang kita
pakai habis kena getah buah ini dan takkan tanggal...rosak terus.
Balik rumah, tentu kena marah. Bagi yang terror buat bedil ni, ia
menghasilkan bunyi yang kuat dan laju.
Rasanya aku masuk dalam kategori ni. HAHA
Lakaran caplong
Teknik
membuatnya ada skil tersendiri. Jarak basi batang gocoh dengan bahagian
kedap udara mesti bersesuaian kerana ia akan menghasilkan tekanan yang maksima
untuk kelajuan dan bunyi yang kuat.
Tips rahsia*….untuk
memastikan caplong tahan lama , pastikan anda menyaluti caplong itu sama ada diluar mahupun yang dalam dengan
minyak…kalau aku..aku pakai minyak petrol jew…jimat sikit.
ye larh mus....
ReplyDeletennti ili try buat kt rmah...:)