wel-come to Lipan Bara Life.....

actually...aq wat blog nk wat mcm diari..tp bila d pikirkan blik..aq nyer kehidopan mmg len dr yg len.klaw aq kongsi citer dgn korang mmg pecah perot....so,aq ambil keputusan nk wat blog yg leh kongsi pengalaman ,kehidupan n ilmu yg aq ada dgn korang sume...org kta..ilmu kna kongsi..btul x?? jika dalam aq membikin blog..ada mengguris hati korang sume...jutaan maaf aq pinta..jika ada membabitkan orang yg mati atawpown hidop..maaf juga ingin kupinta.....smoga korang dpt ilmu bgna melalui blog ini..wassalam

7 perkara yang menghairankan.....



1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati….
tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa….
tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir…
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan…
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.


5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka…
tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin…
tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya…
tetapi masih mahu mematuhinya.

-Usman bin Affan R.A-
ENAM GOLONGAN YANG MASUK NERAKA TANPA HISAB
Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal)
1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya.
Wallahualam.
Apakah kita adalah salah satu daripadanya…?