wel-come to Lipan Bara Life.....

actually...aq wat blog nk wat mcm diari..tp bila d pikirkan blik..aq nyer kehidopan mmg len dr yg len.klaw aq kongsi citer dgn korang mmg pecah perot....so,aq ambil keputusan nk wat blog yg leh kongsi pengalaman ,kehidupan n ilmu yg aq ada dgn korang sume...org kta..ilmu kna kongsi..btul x?? jika dalam aq membikin blog..ada mengguris hati korang sume...jutaan maaf aq pinta..jika ada membabitkan orang yg mati atawpown hidop..maaf juga ingin kupinta.....smoga korang dpt ilmu bgna melalui blog ini..wassalam

Thursday, December 23, 2010

Pendayung Sampan.....

PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat
kajian tentang lautan lalu menumpang sebuah sampan.
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu
pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan
yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia
sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.
Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian
digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.
Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya
dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung
sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan
kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu
tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."
Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan
50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia
kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu
dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan nada
mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba
saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula
pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?"
Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilang 100 peratus nyawa kamu." Kata
pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi beleum tentu boleh menjamin kehidupan.
Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka
bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang
yang tidak adakena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang
yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg
dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.
Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...




\ | /
(@ @)
+-----------oOO--(_)--OOo-----------+
|
Me, as you know.... |
| -adiex's- &n

No comments:

Post a Comment