wel-come to Lipan Bara Life.....

actually...aq wat blog nk wat mcm diari..tp bila d pikirkan blik..aq nyer kehidopan mmg len dr yg len.klaw aq kongsi citer dgn korang mmg pecah perot....so,aq ambil keputusan nk wat blog yg leh kongsi pengalaman ,kehidupan n ilmu yg aq ada dgn korang sume...org kta..ilmu kna kongsi..btul x?? jika dalam aq membikin blog..ada mengguris hati korang sume...jutaan maaf aq pinta..jika ada membabitkan orang yg mati atawpown hidop..maaf juga ingin kupinta.....smoga korang dpt ilmu bgna melalui blog ini..wassalam

Tuesday, December 21, 2010

Syaitan Bermesyuarat....




assalamualaikum.....

Dgn nama Allah Yang Maha Pengasih  lagi Maha Penyayang, selawat dan
salam di atas junjungan mulia Nb Muhammad saw, para sahabat, syuhadak
serta muslimin dan muslimat.  Semoga kita akan terus memperbaiki diri
kita dengan menyingkap kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg
suci... insyaAllah. Secebis ilmu dr sahabat, ana tolong forwardkan
untuk dikongsi bersama...moga ianya  mampu menjadi peringatan
bersama, insyaAllah.

Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda kesibukan)

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal
ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari
mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca
Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak
dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim
dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan
tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus."

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah
mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi
curilah waktu  mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk
membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan
mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan
yang penting itu sepanjang hari."

"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam
kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda
mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja
dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar
bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk
bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai
gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka.
Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka
tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rengsa minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara
hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu
memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di
rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia
ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan
minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majallah dan akhbar. Sumbatkan
minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu
mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka
dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis
surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan
perkhidmatan percuma; dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam
majallah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan
luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri-
isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami
mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika
mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,
suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-
perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk
melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang
sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekriasi. Buatlah
sehingga mereka terlalu letih seusai berekriasi. Sibukkan mereka
sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan
memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke
taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan
panggung wayang."

"Jadikan mereka sibuk, sibuk, sibuk!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian,
libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati
mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak
mempunyai kesempatan meminita pertolongan dari Allah. Tidak lama
selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri,
mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal
tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan
ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka
untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan
semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa
sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan
untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar
terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di
sini, "Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"

Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna

No comments:

Post a Comment